Tahap Pengunaan ICT
Disember 2, 2009
- Kanak-Kanak berumur 9 – 12 Tahun (Pelajar Sekolah Rendah)
- Umur 61 tahun ke atas. (Warga Emas)
Anjung ICT Kok Pasir -Aktiviti
Disember 2, 2009
Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 8 Ogos 2009
Foto Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kok Pasir Ogos 2009
MAJLIS SAMBUTAN SELEBRITI TV3 DAN ARTIS-ARTIS TERKENAL TANAHAIR ,
SEMPENA ULANGTAHUN KE-24 TV3 .
BERTEMPAT DI KG KOK PASIR, TUMPAT, KELANTAN.
Majlis sambutan ulangtahun ke -24 TV3 – sambutan
Majlis sambutan ulangtahun ke- 24 TV3 – Bola
Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 – Darul Hanan
Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 – Sukaneka
Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 – Gotong royong
Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 -Majlis perasmian
Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 -Suluk
Kursus Literasi Hari ke-4 siri 6
Penyampaian Sijil Kursus LKD siri 1 – 4
Kursus Literasi Komputer siri 3 hari ke-3 dan ke – 4
Kursus Literasi Komputer Siri 2 Hari ke-3 dan ke-4
Kursus Literasi Komputer siri 2 hari kedua
Kursus Literasi Komputer Desa Siri 1 hari pertama dan kedua
Mesyuarat AJK GDW Kok Pasir 14 November
Perjumpaan AJK ICT Kok Pasir 31 Okt
Sambutan Hari Raya Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tumpat -
Hari Raya bersama Keluarga arkib 2
Berbuka Puasa SK Kok Pasir bersama PIBG
Malam Ambang Merdeka KRT Kok Pasir
Rumah terbakar di perumahan kg Belian pada 12 April 2009
LKD siri 6 hari pertama dan kedua 2008
Kursus Literasi Komputer Desa siri 5 hari pertama 2008
Kursus Literasi Komputer Siri 4 hari pertama2008
Kursus Literasi Komputer Siri 3 – hari pertama dan kedua 2008
Kursus Literasi Komputer Siri 2 – hari pertama
Kursus Literasi Komputer Desa siri 1 hari ketiga dan keempat
Karnival Sains & Teknologi Kelantan 2008
Perbincangan Program Opkim KRT KP – UiTM
Pelancaran Program Layar Bestari Peringkat Negeri Kelantan di Kok Pasir
Program Tautan Kasih Bersama Perantau 2 Okt 2008
Hari Raya bersama Keluarga webmaster kokpasir.com arkib 1
Menggali Potensi Diri – HEBAT Kok Pasir
Kunjungan Webmaster di Danga Bay
Medan Infodesa Kok Pasir Bakal Beroperasi
Pengertian bersuci
Disember 2, 2009
Najis
Disember 2, 2009
Pembahagian Najis
Disember 2, 2009
Hikmah bersuci
Disember 2, 2009
Jenis-jenis Air
Disember 2, 2009
Air
| Bahagiannya | Air | Hukum bersuci dengannya |
| Air mutlak suci lagi menyucikan | Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan, perigi dan laut. | Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh menyucikan, harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas
|
| Air Musyammas Suci lagi menyucikan tapi makruh | Air dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas | Suci dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan.
|
| Air Musta’mal suci tapi tidak menyucikan. | Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib. | Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci.
|
| Air Mutanajis | Air sedikit yang kemasukan najis.
| Tidak harus digunakan. |
| Air banyak | Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah. | Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya.
|
| Air sedikit | Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas | Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.
|
1. Air Mutlak - Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas.
Air yang sah dibuat bersuci.
1. Air hujan.
2. Air embun.
3. Air laut.
4. Air sungai.
5. Air perigi.
6. Air mata air.
7. Air Salji.
Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.
2. Air Musta’mal - Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.
Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.
3. Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) - Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.
Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain.
contoh: Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.
Peringatan.
i. Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.
ii. Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.
iii. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.
iv. Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.
3. Air Mutanajjis - Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.
Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.
contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.
Peringatan.
Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;
i. Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya.
ii. Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atqau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.
Sukatan dua kolah.
i. Bagi bekas segi empat sama;
Panjang - 60 cm (22.5 inci).
Lebar - 60 cm (22.5 inci).
Dalam - 62.5 cm ( 25 inci).
Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.
i. liter – 174 liter
ii. Kilogram - 190 kilogram.
iii. kati - 317 kati.
iv. tin minyak tanah – 11 tin
5. Air Musyammas - Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.
hukumnya; Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.
Keterangan:
i. Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.
ii. Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.
iii. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.
iv. Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.
Adab Buang Air
Disember 2, 2009
Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:
1. Cara yang haram.
2. Cara yang makruh.
3. Cara yang sunat.
Cara Qada Hajat yang diharamkan.
1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.
2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.
3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.
4. Qada hajat di atas kubur.
5. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.
6. Membuang air di atas kitab-kitab agama .
7. Membuang air di atas makanan.
8. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.
Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.
1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.
2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat.
3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.
4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan
5. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.
6. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.
Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.
1. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu.
2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.
3. Ketika hendak masuk, baca doa ini:
Ertinya : “wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina.”
4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.
5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.
6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.
7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.
8. Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.
Ertinya: “Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku.”
Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.
1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas).
2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah.
3. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat.
4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa:
“ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji”
5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..
6. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.
7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.
Adab buang air
-
Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
-
Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.
-
Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.
-
hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.
-
Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.
-
Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.
-
Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.
-
Jangan membuang air di atas kubur.
-
Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).
-
Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.
-
jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.
Jenis-jenis bersuci
Disember 2, 2009
Jenis-Jenis bersuci.
1. Menyuci badan daripada hadas kecil:
Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.
2. Menyuci badan daripada hadas besar.
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.
3. Istinjak.
Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.
4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.
Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.
Istinjak
Disember 2, 2009
-
Menghilangkan rasanya.
-
Menghilangkan baunya.
-
Menghilangkan warnanya.
-
Seorang Islam.
-
Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.
-
Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
-
Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.
-
Benda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia basah, maka tidak boleh digunakan.
-
Benda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.
-
Benda itu bukan benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang atau seumpamanya.
-
Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya.
-
Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak.
-
Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih tidak suci, hendaklah ditambah batu sehingga suci.
-
Jangan bersuci dengan tulang, makanan atau tahi kering.
-
Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan.
-
Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul batu, lima ketul batu dan sebagainya..
-
Bila bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah air kerana air lebih baik digunakan untuk bersuci.

![Framing #3 - Stockholm Old Town [Explore] Framing #3 - Stockholm Old Town [Explore]](http://static.flickr.com/5080/7216523256_d7a02bb300_t.jpg)
