Tahap Pengunaan ICT

Disember 2, 2009


Tahap Penggunaan ICT Dalam Kalangan Masyarakat Di Negeri Kelantan
Berdasarkan kepada perbincangan  peserta yang hadir ke perjumpaan ICT yang diadakan pada  hari Jumaat,  30 Mei 2008 , bertempat di Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan,
Perbincangan ini membabitkan 8 orang peserta yang  daripada beberapa peringkat umur dan pekerjaan, termasuk mereka yang terbabit secara langsung dalam bidang  ICT.
Bagimemudahkan usaha  mengenalpasti permasalahan penggunaan ICT dalam kalangan Masyarakat di Negeri Kelantan ianya dibahagikan kepada  6 tahap umur seperti berikut:
  1. Kanak-Kanak berumur   9  – 12  Tahun  (Pelajar Sekolah Rendah)
Kanak-kanak pada peringkat umur 9 hingga 12 tahun  menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk perkara-perkara berikut:
        Permainan  komputer (games) ringan bertujuan untuk mengasah minda  dan membuka minda.
          Permainan computer didapati ada manfaatnya  , tapi ianya perlu ada kawalan dan dipantau bagi mengelakkan daripada  penggunaan masa yang berlebihan  sehingga mengabaikan pelajaran  dan membazirkan wang.
          Permainan games computer dan games dalam talian  untuk kanak-kanak seharusnya tidak melabihi 1 jam sehari atau kurang daripada waktu itu.
        Belajar menaip dan melukis .
Selain bermain permainan komputer. kanak-kanak di usia ini juga memanfaatkan komputer dan ICT untuk belajar menaip dan melukis dengan menggunakan perisian-perisian tertentu.
          Semasa mereka belajar menaip perlu ada sedikit sebanyak bimbingan dan tunjuk ajar bagi mereka dapat menguasai kemahiran dengan lebih capat dan mudah.
          Belajar melukis menggunakan palbagai perisian berkenaan juga dapat mengasah kemahiran menggunakan komputer dan mengasah bakat serta kreativiti seseorang kanak-kanak tersebut.
        Melihat CD berkaitan pelajaran dan melihat cerita-cerita  dari CD .
Kanak-kanak di peringkat ini juga gemar melihat CD yang berhubung dengan mata pelajaran yang dipelajari mereka bagi mempercepatkan pemahaman  dalam  proses pembelajaran,  disamping  mereka  gemar melihat cerita-cerita dari CD sebagai altenatif kepada menonton di TV dan VCD..
Kesimpulan :  
-Kebanyakan Kanak-kanak di usia 9 hingga 12 tahun  lebih gemar menggunakan komputer dan internet untuk bermain games sama ada  dalam talian atau permainan di komputer.
-Kanak-kanak di peringkat ini perlu dipantau dan dibimbing agar tidak menjadi leka bermain sehingga membuang masa yang sepatutnya digunakan untuk melakukan  perkara lain terutamanya untuk pembelajaran.
-Dianggarkan  sejumlah 20 peratus kanak-kanak di tahap ini dapat menguasai komputer dan ICT secara minima dan sederhana.
2.    Remaja Berumur  13  Hingga 17 Tahun (Pelajar Sekolah Menengah)
Dipercayai sejumlah 35 %  pelajar di peringkat ini mempunyai sedikit sebanyak kemahiran  menggunakan komputer dan kemudahan ICT  untuk
tujuan tertentu antara lainnya seperti berikut.
2.1    Permainan Games Strategis yang lebih mencabar seperti perlawanan bola sepak, perlumbaan kereta dan motorsikal yang memerlukan penggunaan pemikiran dan penumpuan serta kemahiran mengawal pergerakan dengan pantas. 
2.2    Menggunakan kemudahan internet untuk Catting dengan menggunakan Mirc, Yahoo Messenger, skypye dan sebagainya.
2.3    Menggunakan laman-laman tertentu untuk mencari kenalan seperti Frienster dan Myspace.(Frienster merupakan laman pilihan utama kebanyakan daripada mereka).
2.4    Memuat turun dan mendengar  lagu-lagu di internet .
2.5    Mencari bahan-bahan hiburan seperti melalui youtube dan laman-laman hiburan yang berkaitan.
2.6    Melakukan carian maklumat untuk tugasan sekolah .
Kesimpulan:
          Tahap ini merupakan  tempat bermulanya sesuatu generasi dan bermulanya hala tuju masa depan. Kiranya mereka memilih lorong yang salah bermakna mereka berkemungkinan melaluinya  sehingga ke akhirnya.
          Golongan ini perlu dipantau semasa mereka menggunakan kemudahan ICT supaya selain tidak melencung ke laman-laman  tidak bermoral atau ke arah aktiviti yang tidak sihat, mereka juga perlu dikawal dari segi penggunaan masa agar tidak menghabiskan banyak masa yang berharga untuk hiburan semata.
          Golongan ini belum ada hala tuju dalam ICT dan dalam hidup bermasyarakat. Pemantauan serta tunjuk ajar perlu dilakukan secara  aktif  dan berkesan bagi mengajak mereka memanfaat kemudahan ini dengan sebaiknya.
          Golongan ini merupakan mereka yang suka mencuba sesuatu yang baru dan dalam percubaan mereka itu, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya tanpa pantauan yang berkesan.
          Hanya sebilangan kecil sahaja mereka yang memanfaatkan kemudahan ICT sebagaimana sewajarnya seperti mencari maklumat untuk rujukan dan mendapatkan bahan ilmu pengetahuan dengan tanpa didesak dan diarah.
Penyelesaian:
          Dedahkan mereka dengan mengadakan kursus-kursus umum dan kursus khas tentang ICT , seperti mengadakan kursus kefahaman ICT, kurus kemahiran asas ICT .
          Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu anjurkan kursus-kursus ICT dengan kerjasama pihak sekolah dan melalui kerjasama dengan pertubuhan parti-parti politik , badan-badan kerajaan dan pihak swasta.
          Pihak sekolah juga perlu mengadakan kursus-kursus kefahaman ICT bagi memandu mereka ke arah memanfaatkan penggunaan kemudahan ICT.
3.   Mereka yang berumur antara 18 hingga 25 tahun.
Tahap ini adalah terdiri daripada pelajar menengah atas, pelajar pusat pengajian tinggi, mereka yang  sedang mencari pekerjaan, mereka yang baru menduduki alam pekerjaan, baru membina keluarga sendiri di alam percintaan  dan sebagainya.
          Golongan ini terbahagi kepada 2 kategori yang terpecah akibat kegagalan pengawalan  secara berkesan pada peringkat umur  13 hingga 17 tahun sebelum ini,  terutamanya oleh ibu bapa dan masyarakat setempat. Golongan pertama adalah mereka yang menggunakan kemudahan ICT ke arah  yang bermanfaat dan golongan kedua mereka yang menggunakan kemudahan ICT untuk tujuan yang kurang bermanfaat atau tidak bermanfaat.
          Golongan pertama menggunakan kemudahan ICT untuk mengakses maklumat bagi tujuan pembelajaran dan rujukan. Menggunakan ICT untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan , untuk tujuan perniagaan (bukan skim cepat kaya). Memuat turun bahan-bahan  rujukan, Belajar teknikal-teknikal tertentu yang berkaitan dengan ICT dan bidang-bidang kemahiran lain .
          Golongan kedua menggunakan kemudahan ICT untuk mempamerkan gambar-gambar atau video yang tidak bermoral, mengakses laman-laman tidak bermoral dan menggunakan kemudahan ICT untuk hiburan yang diluar tatasulila masyarakat Melayu khasnya.
Kesimpulan:
          Pada peringkat umur 18 ke 25 merupakan pengguna ICT yang mendebarkan dan ada daripada mereka yang berkemahiran tinggi dan sudah memiliki kepakaran .
          Mereka tidak lagi perlu dipantau oleh ibu bapa, tetapi perlu dipantau oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Tetapi orang yang lebih dewasa boleh berbincang dengan mereka secara bijaksana.
4. Umur antara 26 hingga 40 tahun. (Dewasa)
Tahap ini merupakan tahap  yang istimewa dalam penggunaan ICT. Mereka yang berada di tahap ini selalunya menggunakan kemudahan ICT secara sewajarnya dan secara yang betul. Mereka  selalunya tergolong daripada golongan pertengahan  yang berkerjaya  dan berpendapatan tetap.
4.1   Menggunakan kemudahan ICT untuk menerima dan menghantar e-mel.
4.2   Menggunakan internet untuk berbincang di ruangan forum
4.3 . Menggunakan e-mel untuk menyertai egroups di yahoogroups.com , googelgroups dan sebagainya.
4.4    Memanfaatkan perbankan online untuk bayaran bill dan mengadakan  pembelian dalam talian , menempah tiket dan sebagainya.
4.5    Membina laman-laman web umum dan laman web untuk perniagaan.
4.6    Mereka bukan lagi mengemari permainan komputer dan tidak lagi menumpukan kepada hiburan semata.
4.7  Membina laman-laman blog terutamanya laman-laman blog politik bagi melahirkan perasaan dan mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu isu.
4.8    Ada kalangan mereka mengemukakan sesuatu pandangan  dengan bernas dan ada sebahagiannya menyebarkan fitnah  dan sebagainya.
Kesimpulan:
          Pemantauan masih perlu dilakukan oleh pihak berkuasa .
          Kursus-kursus kemahiran masih perlu disertai.
          Golongan ini merupakan antara mereka yang menggunakan kemudahan ICT  secara bermanfaat dan berfaedah.
          Golongan ini sebahagiannya terdiri daripada pakar-pakar ICT dan  pakar Komputer
5.    Umur antara 41 hingga 60 tahun.  (Warga gangsa)
     
5.1      – Mereka menggunakan kemudahan internet untuk baca berita-berita di akhbar dalam talian.
5.2      – Menggunakan laman blog untuk menyatakan pandangan.
5.3      – Menggunakan kemudahan e-mel untuk mendapatkan maklumat dan memperkukuhkan persahabatan serta kekeluargaan.
5.4      – Mengakses laman-laman yang berkaitan dengan minat dan bidang yang mereka ceburi seperti pertanian, masakan, kesihatan  dan sebagainya.
5.5      Mereka selalunya tidak memikirkan perkara yang serius dalam perkembangan ICT.
Kesimpulan:
          Mereka yang berumur dalam lingkungan ini selalunya  terdiri daripada mereka yang memandang negatif terhadap perkembangan ICT  dan tidak mengambil kisah terhadap perkembangan tersebut.
          Hanya sekitar 5%  sahaja daripada mereka yang menggunakan kemudahan Internet dan mengambil berat tentangnya.
          Mereka menganggap bahawa mereka tidak perlu lagi untuk bersusah payah belajar ICT dan berpandangan ICT hanyalah untuk golongan remaja dan mereka yang sedang di bangku pelajaran sahaja.
          Golongan ini adalah antara mereka yang kurang pendedahan terhadap ICT kerana bagi mereka ICT adalah perkara baru yang sudah terlambat bagi mereka untuk mengejarnya.
Penyelesaian: 
Biarkan masa yang menentukan.
  1. Umur 61 tahun ke atas. (Warga Emas)
        Golongan ini merupakan kumpulan yang terkecil menggunakan kemudahan ICT dianggarkan hanya 0.5 peratus sahaja dari kalangan mereka yang tahu menggunakan kemudahan computer dan ICT.
        Mereka hanya menggunakan ICT untuk bacaan tambahan  seperti baca berita-berita di akhbar dalam talian.
        Mengakses laman-laman kesihatan dan mempelajari tentang jenis-jenis penyakit  dan tips-tips ubat-ubatan.
Kesimpulan:
-Golongan Warga Emas merupakan mereka yang paling sedikit menggunakan kemudahan ICT dan internet.
-Kedatangan internet ketika mereka sudah berusia  lebih empat puluhan membuatkan mereka seperti tertinggal dalam arus ini.
-Masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
-Ada urusan lain yang dirasakan lebih penting berbanding ICT.
– Kalau dalam kalangan Warga Emas yang berkemahiran dalam ICT , mereka adalah antara  yang berketrampilan dan menyedari tentang kepentingan ICT dalam kehidupan hari ini.
Berdasarkan daripada catatan-catatan yang dibuat semasa perbincangan di perjumpaan ICT ini, walaupun ianya  tidak merupakan kajian yang menyeluruh dan  membabitkan ramai peserta dan pakar-pakar, namun ianya tetap boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pihak-pihak yang  merasa berkewajipan untuk memperkasakan ICT demi  memudahkan urusan masyarakat pada waktu-waktu mendatang.
Dilihat secara menyeluruh, telah ada langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Pelajaran dan jabatan-jabatan tertentu seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta orang-orang perseorangan untuk memperkasa penggunaan ICT di Kelantan khasnya, tetapi buat masa sekarang masih banyak ruang yang perlu diisi bagi mamastikan kadar celik ICT dan celik kafahaman ICT bergerak lebih pantas supaya masyarakat Negeri ini tidak ketinggalan dalam teknologi tanpa sempadan ini.
Rumusan Keseluruhan:
1.     Golongan yang mahir ICT dan meminati ICT perlu tampil untuk menyedarkan masyarakat tentang penting penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.
2.     Penggunaan ICT ke arah yang bermanfaat masih kurang berbanding dengan penggunaan yang kurang bermanfaat.
3.     Kemudahan internet jalur lebar  di Kelantan masih terhad.
4.     Prasarana ICT masih berkurangan  yang disediakan oleh pelbagai pihak kecuali beberapa jabatan  dan syarikat tertentu sahaja.
5.     Bajet masyarakat terhadap ICT kurang dan mereka lebih memilih perbelanjaan terhadap perkara lain yang bagi mereka lebih penting.
6.     Kebanyakan masyarakat sekarang berada dalam kesibukan dalam mengurus kehidupan seharian.
7.     Perlu diwujudkan suasana persahabatan yang erat dalam kalangan warga ICT melalui egroup dan forum-forum yang berkaitan.
8.     Sebahagian mereka yang berkemahiran masih dalam keadaan kedekut ilmu untuk dikongsikan kepada umum.
9.     Sebahagian daripada mereka yang mahir ICT tidak ingin mengongsi kemahiran mereka kerana bimbingkan orang lain menjadi lebih pandai daripada mereka.
10.  Perjumpaan ICT perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan tentang perkembangan ICT dari masa ke semasa.
11. Kurangnya sokongan mereka yang berkemampuan terhadap memperkasakan ICT berbanding dengan bidang-bidang lain yang bersifat sukaramai.
Dicatat oleh Ediramle Ismail,
Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Perjumpaan ICT Kelantan . Pada 30 Mei 2008 bertempat di Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan


Foto sempena lawatan panel penilai Pertandingan  Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tumpat di Kok Pasir pada 11 Ogos 2009 

Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 8 Ogos 2009

 

Foto Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kok Pasir Ogos 2009

 

MAJLIS SAMBUTAN SELEBRITI TV3 DAN ARTIS-ARTIS TERKENAL TANAHAIR ,

 SEMPENA ULANGTAHUN KE-24 TV3 .

BERTEMPAT DI KG KOK PASIR, TUMPAT, KELANTAN.

 

Majlis sambutan ulangtahun ke -24 TV3 – sambutan

Majlis sambutan ulangtahun ke- 24 TV3 – Bola

Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 – Darul Hanan

Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 – Sukaneka

Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 – Gotong royong

Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 -Majlis perasmian

Majlis sambutan ulangtahun ke-24 TV3 -Suluk

 

Kursus Literasi Hari ke-4 siri 6

Gambar Hari Keempat Siri 5

Penyampaian Sijil Kursus LKD siri 1 – 4

Kursus Literasi Komputer siri 3 hari ke-3 dan ke – 4

Kursus Literasi Komputer Siri 2 Hari ke-3 dan ke-4

Kursus Literasi Komputer siri 2 hari kedua

Kursus Literasi Komputer Desa Siri 1 hari pertama dan kedua

Mesyuarat AJK GDW Kok Pasir 14 November

Perjumpaan AJK ICT Kok Pasir  31 Okt

Sambutan Hari Raya Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tumpat 

Hari Raya bersama Keluarga arkib 2

Berbuka Puasa SK Kok Pasir bersama PIBG

Malam Ambang Merdeka KRT Kok Pasir

Rumah terbakar di perumahan kg Belian pada 12 April 2009

LKD siri 6 hari pertama dan kedua 2008

Kursus Literasi Komputer Desa siri 5 hari pertama 2008

Kursus Literasi Komputer Siri 4 hari pertama2008

Kursus Literasi Komputer Siri 3 – hari pertama dan kedua 2008

Kursus Literasi Komputer Siri 2 – hari pertama

Kursus Literasi Komputer Desa siri 1 hari ketiga dan keempat

Karnival Sains & Teknologi Kelantan 2008

Perbincangan Program Opkim KRT KP – UiTM

Pelancaran Program Layar Bestari Peringkat Negeri Kelantan di Kok Pasir

Program Tautan Kasih Bersama Perantau 2 Okt 2008

Hari Raya bersama Keluarga webmaster kokpasir.com arkib 1

Menggali Potensi Diri – HEBAT Kok Pasir

Pesta Bola Merdeka Kok Pasir

Majlis konvo UTHM Ogos 2008

Kunjungan Webmaster di Danga Bay

Medan Infodesa Kok Pasir Bakal Beroperasi

Bengkel Bina Laman Blog

 

Pengertian bersuci

Disember 2, 2009


   Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Pengertian bersuci:
Pada Bahasa:    Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.
Erti pada Syarak:     Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.
Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:
1.    Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.
2.    Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.
3.    Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.
4.    Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.
Taharah zahir dan batin.
Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.
Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.  


Najis

Disember 2, 2009



Najis ialah suatu benda yang kotor dan jijik . Najis menurut pengertian syarak ialah segala yang kotor yang membatalkan solat seperti tahi, nanah, darah dan sebagainya.
Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.
Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis.





Benda-benda Najis
1. Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis.
2. Air kencing.
3. Tahi.
4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.
5. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair.
6. Muntah.
7. Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan.
8. Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih.
9. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.
10. Anjing dan babi serta keturunannya.
Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.
Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.




Pembahagian Najis

Disember 2, 2009

PEMBAHAGIAN NAJIS.
1.  Najis Mughallazah. (tebal) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.
Sabda Rasullullah (SAW)
cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah.” (Riwayat Muslim).
2.  Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
3.  Najis Mutawassitah. (Pertengahaniaitu najis yang lain daripada dua macam tersebut di atas. Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.
     3.1  Najis Hukmiah. – iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya.  seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu.
     3.2  Najis Ainiah.  Najis yang nampak dan kelihatan najisnya seperti tahi, darah dan lain-lain.
Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)
* Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. – termasuk dagingnya, lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya.
Peringatan. 
1.  Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.
2.  Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).
Cara Menyucinya.
Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut).
Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan ainnya.
Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).
1. Najis Ainiyah.
    i.  Buangkan najis itu terlebih dahulu.
    ii.  Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.
2.  Najis Hukmiyah.
    i.  Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.
Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).
 Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata.
Cara Menyucikan Kulit Bangkai
Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci.
Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis.
Cara menyucikan cairan yang memabukkan.
Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka buanglah semuanya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku, cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya.
Perkara yang tidak dikira sebagai najis.
Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:
1.  Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.
2.  Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.
3.  Belalang.
4.  Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.
5.  Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.
Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.
1.   Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani, susu jika ia keluar dari:
i.  Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii.  Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan. 
2.  Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i.  Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman.  Air minuman itu tidak najis.
Air Liur Basi
Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.
1.  Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.
2.  Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.
Hukum Madu
1.  Halal meminum madu  kerana madu keluar daripada mulut lebah.
2.  Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.
3.  Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

Hikmah bersuci

Disember 2, 2009


Hikmah-Hikmah Bersuci
1. Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit
2. Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci.
3. Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang.
4. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia, agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya.
5. Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.

Jenis-jenis Air

Disember 2, 2009

Air 

Bahagiannya

Air

Hukum bersuci dengannya

Air mutlak – suci lagi menyucikan

Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan, perigi  dan laut.

Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh menyucikan, harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas

 

Air Musyammas – Suci lagi menyucikan tapi makruh

Air dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas

Suci  dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan.

 

Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan.

Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib.

Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci.

 

Air Mutanajis

Air sedikit yang kemasukan najis.

 

Tidak harus digunakan.

Air banyak

Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah.

Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya.

 

Air sedikit

Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas

Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.

 

1. Air Mutlak – Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas.

Air yang sah dibuat bersuci.

1. Air hujan.

2. Air embun.

3. Air laut.

4. Air sungai.

5. Air perigi.

6. Air mata air.

7. Air Salji.

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.

 

2.  Air Musta’mal – Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.

3.  Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) – Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.

Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. 

contoh:   Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

Peringatan.

i.  Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.

ii.  Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.

iii. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.

iv.  Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.

 

3.  Air Mutanajjis – Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.

Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.

contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.

Peringatan.

Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;

i.  Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya.

ii.  Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atqau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.

Sukatan dua kolah.

i.  Bagi bekas segi empat sama;

Panjang  –   60 cm (22.5 inci).

Lebar  –       60 cm (22.5 inci).

Dalam    –     62.5 cm  ( 25 inci).

Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.

i.  liter   – 174 liter

ii. Kilogram –  190 kilogram.

iii. kati    –  317 kati.

iv. tin minyak tanah  – 11 tin

 

5.  Air Musyammas – Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.

hukumnya;  Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.

Keterangan:

i.  Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.

ii.  Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.

iii. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.

iv.  Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.